Info Terkini

11.5.09

Perkembangan Kes Menteri Besar Perak

BERIKUT adalah perkembangan susulan kes permohonan mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.

5.30 petang: Pasukan FRU diletakkan di kawasan sekitar bangunan SUK Perak.

5.05 petang: BN Perak menghormati keputusan mahkamah yang sahkan Nizar; kosongkan bangunan SUK dengan segera, kata pembantu Zambry Abdul Kadir.

4.43 petang: Nizar mengambil keputusan pertama menggantung penasihat undang-undang negeri Kamal serta-merta.

4.30 petang: Nizar akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok pagi di Istana Kuala Kangsar bagi memaklumkan secara rasmi keputusan mahkamah.

4.15 petang: Kira-kira 30 penyokong Nizar berkumpul di luar perkarangan kompleks mahkamah sambil melaungkan laungan 'Reformasi'.

4.15 petang: Mahkamah menolak keputusan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak

3.45 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.

2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.

2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.



0 komen diterima.:

Post a Comment

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]