YB Senator Pn.Hjh. Zanun Binti Abu Bakar
Di atas Pelantikan
sebagai
Pengerusi Penyelaras Dun Sura (yang baru)
Bermula 28 Jun 2009
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.KUALA TERENGGANU 7 Jun — Lebih 12,000 remaja di negeri ini akan memperoleh wang sebanyak RM200 seorang selewat-lewatnya sebelum Hari Raya melalui Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 hasil wang royalti minyak Terengganu.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, pada tahun ini kerajaan negeri memperuntuk RM23 juta untuk program yang diperkenalkan sejak tahun 2000 itu yang dahulunya dikenali sebagai wang ihsan.
“Setiap remaja yang terlibat yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima sebanyak RM200 seorang dan wang tersebut akan diagih-agih tidak lama lagi kerana borang-borang sudahpun diedarkan kepada remaja-remaja berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Dana Bakti Remaja Terengganu 2009 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam tadi.
“Kita harap remaja-remaja yang menerima wang ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,” katanya.
Ahmad berkata selain itu, seramai 160,000 keluarga lagi di Terengganu akan menerima wang dana khas tahun ini. Bagaimanapun beliau tidak memberikan jumlah peruntukan untuk program itu.
Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad berkata kerajaan negeri sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap remaja-remaja melalui pelbagai program pembangunan rohani dan fizikal bagi mengatasi gejala sosial samseng jalanan.
Beliau berkata ini termasuklah memberikan buku elektronik kepada setiap pelajar tahun lima mulai tahun ini sebelum program itu diteruskan kepada pelajar-pelajar tahun empat mulai tahun depan.
— BERNAMA

Artikel asal di blog Pemuda Umno Suragate http://pemuda-berani.blogspot.com/2009/05/umno-penghujung-hayat-rahman.htmlAssalamualaikum wbt.
Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.Peristiwa bersejarah UMNO ditubuh di Istana Besar Johor. Barisan hadapan, ditengah (berkaca mata hitam) ialah DYTM Tunku Mahkota Johor, mewakili DYMM Sultan Johor mencemar duli merasmikan konvensyen dimana UMNO lahir ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerjasama itu boleh diadakan dalam pelbagai bentuk termasuk melibatkan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
''Walaupun kerjasama (diwujudkan), ia tidak bererti kita membuat kerajaan campuran. Itu tidak semestinya dalam bentuk itu, kerjasama boleh dalam pelbagai bentuk.
''Apa yang penting sekali, kita menghormati antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan secara berkelompok mesyuarat dan menyampaikan sumbangan kepada cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam yang sedia bekerjasama dengan beliau bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang bermula sejak BN mengambil alih pemerintahan negeri itu daripada pakatan rakyat, tiga bulan lalu.
Kit Siang berkata, beliau melihat isu itu sebagai perkara yang penting dan perlu diberi perhatian segera supaya kemelut terbabit tidak berpanjangan sehingga menjejaskan pentadbiran negeri yang perlu memberi tumpuan kepada rakyat.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kemelut politik di Perak tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama pembangkang menghormati peraturan dan undang-undang negara.
Bagaimanapun, katanya, tindakan pembangkang yang 'menegakkan benang basah' menyebabkan timbul kekecohan seperti yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.
Perdana Menteri yang berharap perkara tersebut tidak berulang menjelaskan, BN bersikap terbuka dalam masalah tersebut dan tidak mahu kekacauan berterusan kerana mahu memberi tumpuan dan berkhidmat kepada rakyat.
''Sebenarnya, kalau semua ikut peraturan, tiada kemelut. Jadi, bila masing-masing hendak menegakkan 'benang yang basah', itu jadi masalah.
''Macam mana pun kita bersikap terbuka dan tidak mahu kekacauan berterusan. Kita hendak berkhidmat untuk rakyat. Ini yang ditekankan dan kita hendak berkhidmat untuk semua kaum di Perak dan juga di seluruh negara," jelasnya.
Mengulas tindakan Majlis Tertinggi (MT) Parti Progresif Penduduk (PPP) memecat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah kerana didakwa terbabit politik wang, Perdana Menteri berkata, beliau akan menghalusi perkara tersebut sebelum membuat sebarang ulasan lanjut.
''Saya tidak tahu apa-apa lagi melainkan saya baca dalam surat khabar sahaja," katanya.
Menurut Najib, beliau juga akan meneliti sama ada perlu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu daripada Presiden PPP, Datuk M. Kayveas.
Ditanya kedudukan Murugiah dalam Kabinet pula, Perdana Menteri berkata:
"Itu terpulang, saya kena fikir dulu."

Nik Abduh yang juga penyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan mendapat 56 undi manakala Abdul Latiff yang juga bekas Naib Ketua Pemuda memperoleh 78 undi pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-50 di sini hari ini.
Pada muktamar itu, ADUN Pasir Tumboh, Ahamad Baihaki Atiqullah menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda manakala Ketua Pemuda Pas Kawasan Tanah Merah, Hisham Fauzi menewaskan dua pencabar untuk menyandang jawatan Naib Ketua Pemuda.
Dalam pada itu, Nik Abduh ketika ucapan penangguhan muktamar itu berkata, beliau gembira dengan keputusan itu walaupun tewas kerana ia diputuskan oleh 112 perwakilan yang hadir.
"Saya terima kekalahan ini dengan gembira kerana saya telah 'dihukum' oleh semua perwakilan dan saya ucapkan tahniah kepada Ustaz Latiff.
"Sejak dua tahun lalu saya beria-ia tidak bertanding sekiranya Ustaz Latiff mahu bertanding, tetapi atas sebab tertentu saya menawarkan diri, sesiapa yang mahu tahu sebabnya jumpa saya sendiri dan saya tidak mahu panjangkan di sini," katanya.
Menurut beliau, sejak awal lagi beliau mengetahui akan tewas pada pemilihan tersebut kerana tulisan dalam blognya yang bertajuk Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas baru-baru ini.
Bagaimanapun, tegasnya, artikel tersebut perlu ditulis bagi meluahkan rasa marahnya terhadap pembantu-pembantu bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan mengalihkan pandangan negatif pihak tertentu dalam Pas terhadap Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya membuat teguran paling besar yang saya cetuskan dalam hidup, apabila saya melihat ayah saya yang telah tua dan memberi kepercayaan kepada anak buahnya. Tetapi saya melihat unsur penipuan yang tidak jelas berlaku, maka saya terpaksa minta kepada Allah ketika ayah di Mekah untuk tunjukkan saya nasihat berguna.
"Sehingga saya mahu didengar di seluruh Malaysia, kalau cerita Kelantan saya yakin saya tidak akan menulis kerana saya tahu saya hilang undi hari ini dan saya tulis kerana saya yakin saya benar dan mahu menyelamatkan ayah saya.
"Tulisan ini juga bagi mengalih perhatian pihak tertentu yang menyalahkan Tok Guru Haji Hadi, saya mahu semua orang melihat kepada saya dan menyalahkan saya sehingga Presiden tidak disalahkan lagi, saya berjaya apabila saya mula dibenci," katanya. -Sumber: Utusan
Berita penuh :KOTA BHARU 27 April – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.
Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.
‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’
Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.
Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.
Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.
“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.
Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.
Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.
‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?
“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.
“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.
‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.
Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.
“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya.
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.
Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.
Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.
Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.
Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.
Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”
Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?
Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?
Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?
Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?
Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

PUTRAJAYA 27 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan, pilihan raya kecil akan diadakan pada 31 Mei , umum pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada persidangan akhbar di Putrajaya.
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lepas mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa serta merta. — Bernama
Kemaskini 6.30pmAminah berharap Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding kerusi berkenaan dan memberinya laluan untuk melawan PKR dan memberi cabaran kepada parti itu pada pilihan raya kecil yang akan diadakan.
“Saya berharap dapat berdepan dengan PKR untuk benar-benar menegakkan keadilan dan kebenaran. Janganlah kita sembunyikan kebenaran daripada rakyat, kalau kita salah, akuilah kesalahan itu supaya ia dapat diperbetulkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Subang dekat sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat esok di Putrajaya bagi mengumumkan mengenai status kerusi dewan udangan negeri itu.
Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain telah mengesahkan baru-baru ini bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin telah meletakkan jawatan. Mohammad Fairus tetap dengan keputusannya meletakkan jawatan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membebaskannya daripada sebarang tuduhan berhubung siasatan rasuah.
- BERNAMA
