Info Terkini

22.3.09

Ada elemen Speaker Perak salah guna kuasa – SPRM

KUANTAN 20 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat elemen salah guna kuasa oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dalam tindakannya melarang dan menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco menghadiri sidang DUN pada 18 Februari lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, justeru pihaknya akan memanggil beberapa orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak termasuk daripada Barisan Nasional (BN) yang hadir pada persidangan DUN berkenaan bagi menyempurnakan siasatan kes itu.

“Bila saya cakap nanti orang marah, tetapi bagi kita ada elemen salah guna kuasa, jadi SPRM menjalankan siasatan.

“Kes ini bukan melibatkan pendakwaan tetapi masih di peringkat siasatan dan jangan salah anggap. SPRM menjalankan siasatan untuk menentukan keterangan-keterangan berhubung perkara ini dapat dikumpul.

0 komen diterima.:

Post a Comment

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]