Info Terkini

12.4.09

Bukit Gantang : Akhirnya Melayu Kembali Kepada UMNO


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


1. Keputusan kemenangan Pas dan PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak mengubah apa-apa status sedia ada.

2. Namun keputusan di Bukit Gantang memberi makna yang cukup signifikan kepada kepimpinan baru UMNO.

3. Ketika pengundi kaum Cina mengundi untuk Ir Mohd Nizar, pengundi Melayu di Bukit Gantang memberi isyarat yang sebaliknya.

4. Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.

5. Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.

6. Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.

7. Sokongan pengundi Melayu yang cenderung ke arah BN bersandarkan beberapa isu termasuk tindak tanduk Pas ketika memerintah Perak yang tidak digemari oleh orang Melayu serta tarikan kepimpinan baru UMNO.

8. Sokongan bukan Melayu kepada BN banyak bergantung kepada polisi-polisi kerajaan dalam masa setahun akan datang. Cuma sejauh mana darjah atau tahap kepuasan yang mereka inginkan sukar diagak memandangkan barisan campuran pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menawarkan segala-galanya.

Ikuti analisa penuh di www.drkhir.com

0 komen diterima.:

Post a Comment

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]